Merayakan Syawal pada tahun ini amat istimewa sekali kerana buat pertama kalinya akan pulang ke kampung berhari raya sambil bergaya dengan beg pakaian yang baru. Bukan itu sahaja tapi yang pentingnya beg ini hasil dari jahitan sendiri.
Asyik melayan gambar-gambar beg yang cantik dan bergaya di internet terutamanya di luar negara terdetik juga samada mampukan dijahit sendiri. Di luar negara mereka berbangga malah menjual paten-paten beg yang dihasilkan sendiri. Corak fabrik yang digunakan juga amat cantik dan menarik.
Pemilihan jenis kain bergantung kepada jenis beg yang inginkan. Bagi kegunaan yang sedikit lasak seperti beg pakaian, kain dari jenis heavy cotton iaitu yang biasanya digunakan untuk langsir amat sesuai digunakan. Pelbagai nama yang diberikan kepada beg seperti ini antaranya 'weekend bag', 'traveling bag' dan 'duffle bag'.
Mari tengok hasil dari jahitan yang berinspirasikan salah satu beg yang amat popular di internet itu.
Saiz beg: tinggi 11" x lebar sisi 8" x panjang 16"
Lebar sisinya yang besar boleh memuatkan banyak pakaian
Bahagian hadapan beg terdapat satu poket berzip yang luas bagi mengisi barang kecil seperti peralatan mandian, tuala kecil, sikat rambut dan lain-lain peralatan dandanan diri |
Beg ini boleh dijinjing dan disandang di bahu dengan talinya
yang pendek atau tali yang boleh dilaraskan panjangnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan