Bantal pin atau 'pin cushion' adalah teman setia dan menjadi salah satu alat jahitan yang penting bagi si tukang jahit mahupun pengiat kraf. Selain dari berfungsi sebagai tempat meletakkan jarum peniti juga jarum, bantal pin juga boleh menjadi tarikan dan menarik perhatian yang memandangnya kerana bentuk dan warnanya. Empat segi, bujur, bulat dan bentuk buah-buahan, haiwan adalah di antara corak yang amat digemari dan biasa dilihat. Saiz juga berbeza mengikut keperluan si tukang jahit.
Tetapi bagi yang lebih kreatif, tentu mahukan yang lebih istimewa dan benar-benar memberikan ruang yang lebih bagi menyimpan jarum-jarum peniti tersebut.
Cuba lihat bantal pin di bawah. Tentu terpikat bukan.
Bantal pin yang sama dengan mesin jahit antik Singer
Pandangan hadapan yang lebih jelas
Diserikan lagi dengan perhiasan tambahan - perca kain siap dijahit
Pandangan sisi - ruang yang lebih luas bagi jarum peniti
Pandangan sisi - dilengkapi dengan tali mesin
di bahagian kanan mesin jahit kecil ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan