Seni kraftangan
Apabila minat, kreativiti dan rajin bersatu.....SukaKraf
Bunga Mini
Khamis, 11 Ogos 2016
Jumaat, 26 Jun 2015
Aktiviti Jahitan - Bantal pin teman setia si tukang jahit
Bantal pin atau 'pin cushion' adalah teman setia dan menjadi salah satu alat jahitan yang penting bagi si tukang jahit mahupun pengiat kraf. Selain dari berfungsi sebagai tempat meletakkan jarum peniti juga jarum, bantal pin juga boleh menjadi tarikan dan menarik perhatian yang memandangnya kerana bentuk dan warnanya. Empat segi, bujur, bulat dan bentuk buah-buahan, haiwan adalah di antara corak yang amat digemari dan biasa dilihat. Saiz juga berbeza mengikut keperluan si tukang jahit.
Tetapi bagi yang lebih kreatif, tentu mahukan yang lebih istimewa dan benar-benar memberikan ruang yang lebih bagi menyimpan jarum-jarum peniti tersebut.
Cuba lihat bantal pin di bawah. Tentu terpikat bukan.
Bantal pin yang sama dengan mesin jahit antik Singer
Pandangan hadapan yang lebih jelas
Diserikan lagi dengan perhiasan tambahan - perca kain siap dijahit
Pandangan sisi - ruang yang lebih luas bagi jarum peniti
Pandangan sisi - dilengkapi dengan tali mesin
di bahagian kanan mesin jahit kecil ini
Balik Kampung Dengan Beg Baru Dijahit Sendiri
Merayakan Syawal pada tahun ini amat istimewa sekali kerana buat pertama kalinya akan pulang ke kampung berhari raya sambil bergaya dengan beg pakaian yang baru. Bukan itu sahaja tapi yang pentingnya beg ini hasil dari jahitan sendiri.
Asyik melayan gambar-gambar beg yang cantik dan bergaya di internet terutamanya di luar negara terdetik juga samada mampukan dijahit sendiri. Di luar negara mereka berbangga malah menjual paten-paten beg yang dihasilkan sendiri. Corak fabrik yang digunakan juga amat cantik dan menarik.
Pemilihan jenis kain bergantung kepada jenis beg yang inginkan. Bagi kegunaan yang sedikit lasak seperti beg pakaian, kain dari jenis heavy cotton iaitu yang biasanya digunakan untuk langsir amat sesuai digunakan. Pelbagai nama yang diberikan kepada beg seperti ini antaranya 'weekend bag', 'traveling bag' dan 'duffle bag'.
Mari tengok hasil dari jahitan yang berinspirasikan salah satu beg yang amat popular di internet itu.
Saiz beg: tinggi 11" x lebar sisi 8" x panjang 16"
Lebar sisinya yang besar boleh memuatkan banyak pakaian
Bahagian hadapan beg terdapat satu poket berzip yang luas bagi mengisi barang kecil seperti peralatan mandian, tuala kecil, sikat rambut dan lain-lain peralatan dandanan diri |
Beg ini boleh dijinjing dan disandang di bahu dengan talinya
yang pendek atau tali yang boleh dilaraskan panjangnya
Isnin, 6 April 2015
Bingkai Rumah Hiasan
Kertas suratkhabar, selain dijadikan alas atau pelapik bagi mengelakkan meja kerja menjadi kotor, ia juga digunakan oleh kebanyakan tukang jahit bagi membuat pola pakaian sebelum kain digunting. Satu lagi kegunaan suratkhabar lama yang ingin Sukakraf ketengahkan ialah bingkai rumah hiasan. Lebih istimewa dan unik kerana ianya boleh didapati dalam bentuk 2D dan 3D.
Cuba lihat gambar-gambar di bawah.
Bingkai rumah hiasan ini sesuai digantung di dinding atau dijadikan hiasan meja.
Gambar atau bunga mini boleh diletakkan sebagai aksesori tambahan sebagai pelengkap hiasan.
Sesuai juga untuk digantung di dinding.
Bingkai rumah 2D - pandangan hadapan |
Bingkai rumah 2D - pandangan sisi |
Bingkai rumah 3D - pandangan hadapan |
Bingkai rumah 3D - pandangan sisi |
Bingkai rumah 3D - pandangan hadapan |
Bingkai rumah 3D - pandangan sisi |
Bingkai rumah 3D - pandangan hadapan |
Ahad, 15 Februari 2015
Selasa, 10 Februari 2015
Aktiviti Jahitan
Kali ini kami ingin kongsikan bersama beberapa gambar aktiviti jahitan yang menjurus kepada jahitan beg.Jika berminat hubungi kami di alamat email sukakraf@gmail.com
Selamat mencuci mata.
Selamat mencuci mata.
saiz beg - 6" x 4" sesuai untuk mengisi kunci, duit syiling, bedak, gincu dan lain-lain |
Sekiranya berminat dengan kraf ini, sila hubungi Sukakraf melalui email seperti berikut:-
Email: sukakraf@gmail.com
Langgan:
Catatan (Atom)