Rindu pada suasana kampung? Teringat pada ayam, itik, kerbau atau lembu, pokok kelapa dan sawah padi atau rumah papan bertangga, beranjung dan berserambi.
Masih ada lagi rumah di kampung-kampung di Malaysia yang dibuat daripada papan meskipun bilangannya mulai berkurangan kerana kebanyakan rumah papan telah digantikan dengan rumah batu. Sukakraf membawa kembali kenangan itu dengan terhasilnya rumah mini tradisional Melayu daripada kertas suratkhabar. Sesuai untuk dijadikan cenderamata kepada kawan-kawan atau pelancong yang berada di dalam atau di luar Malaysia. Boleh juga diletakkan di dalam almari perhiasan atau sebagai hiasan di ruang tamu.
Mari lihat gambar-gambarnya.
Bahagian hadapan rumah
|
Bahagian sisi sebelah kanan rumah |
|
Bahagian sisi sebelah kiri rumah - ada daun tingkap |
|
Bahagian belakang rumah - ada tangga ke bahagian dapur |
|
Pandangan hadapan bahagian dapur dan tangga |
|
Bahagian hadapan rumah - Rumah ni dilengkapi dengan lampu, jadi boleh jengok-jengok ruangan dalamnya |
|
Keadaan rumah waktu malam bila lampu terpasang |
|
Pandangan hadapan dari dekat |
Kalau berminat, hubungi kami di sukakraf@gmail.com untuk keterangan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan